Ketua jurulatih skuad ragbi lelaki Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Mohd Firdaus Abdul Manan, mengharapkan pasukannya mampu melakar kejutan dalam penampilan di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak kali ini meskipun hadir selaku pasukan bukan pilihan ataupun 'underdog'.
Pengendali kelahiran Selayang itu berharap kehadiran empat pemain yang beraksi bersama skuad Bungaraya B-20 tahun mampu menambah nilai terbaik buat pasukannya dalam misi untuk mengharungi saingan Kumpulan B yang turut menempatkan Selangor dan Pulau Pinang.
Seramai 12 pemain terbaik bakal menggalas cabaran kem MSWP di Sarawak dengan mereka dijadualkan akan memulakan saingan berdepan Pulau Pinang pada 19 Ogos ini.
Untuk rekod, dalam edisi Sukma 2022 yang lalu, skuad ragbi lelaki MSWP sekadar menamatkan kempen di peringkat kumpulan sahaja.
"Pasukan ini mula dibentuk pada penghujung bulan lalu, dan ada fasa yang kita ikut daripada 24 pemain hingga ke 20 dan kemudiaannya 18 dan pada akhirnya 12 pemain.
"Kita juga mempunyai pemain kebangsaan B-20 bersama pasukan ini, ia ada kesan kepada pemain lagi. Kita perlu jadikan underdog.
"Tetapi pada Sukma tahun ini kita akan gemparkan dan gegarkan semua lawan kita nanti."Katanya kepada Nadi Arena.