Sukan Malaysia atau singkatannya sukma, adalah temasya sukan yang mula dianjurkan pada tahun 1986. 38 tahun berlalu, kini temasya edisi ke-21 itu akan dilangsungkan di Bumi Kenyalang, Sarawak.
Menariknya, ini merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah selepas pertama kali menganjurkannya pada tahun 1990 dan kali terakhir pula adalah pada 2016.
Tahun 2024, sekali lagi atlet-atlet seluruh Malaysia akan berkampung di Kuching untuk perjuangan selama 8 hari demi negeri masing-masing.
Apabila kita lihat dari sudut evolusi logo yang ditampilkan Sarawak sebagai penganjur. Dalam edisi 1990, Sarawak mempamerkan logo seakan-akan seorang atlet yang sedang memakai baju negerinya sedang berlari sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang.
Manakala dalam edisi 2016 pula, reka bentuk Burung Kenyalang pula diketengahkan untuk meraikannya sebagai simbol haiwan rasmi buat negeri Sarawak.
Memasuki edisi 2024, simbol Burung Kenyalang tetap digunakan dalam logo kali ini. tetapi ia ditambah baik dengan tambahan dua huruf 's'. huruf 's' yang pertama melambangkan Sukma edisi ke-21 dan lagi satu huruf 's' melambangkan Sarawak 2024.
Menariknya simbol itu juga apabila dipandang secara mendalam, akan terlihat seperti sebuah obor yang juga melambangkan semangat kesukanan dan juga perpaduan kita semua.
Tiga warna terlibat iaitu kuning, merah dan hitam. kuning melambangkan harmoni antara kita semua, merah pula adalah sebagai semangat waja yang membara.
Manakala warna hitam pula melambangkan bersatunya kita semua walaupun hidup dengan kepelbagaian antara negeri di malaysia.
Stadium Astro
Fri Aug 09 2024