OLIMPIK PARIS
Kapsul Sukan Olimpik: Hampir putus asa, Dhabitah Sabri mahu banggakan Malaysia
Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri, berasa teruja dapat kembali ke pentas Sukan Olimpik Paris 2024 dan tidak menafikan hampir menyerah kalah.
Penerjun berusia 25 tahun itu memohon sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia buat semua atlet yang bersaing memandangkan mereka semua berkerja keras untuk memberikan aksi yang terbaik dalam usaha untuk membanggakan Malaysia.
Dhabitah akan membuat penampilan ketiga di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 selepas mengisi slot tambahan dalam acara 3 meter papan anjal individu wanita selepas diberikan oleh Persatuan Akuatik Dunia.
Iklan
The Olympic spirit is in all of usFinally, Olympic Games Tokyo 2020 has come to an end. It’s a strange feeling I’m still trying to grasp. Thank you everyone for all your support & lovely wishes. pic.twitter.com/o2tvWdj3Y8— Dhabitah Sabri (@Dhabitah_Sabri) August 9, 2021
"Saya sangat bersyukur, kerana ketika tempoh penantian itu tipu jika saya rasa mahu menyerah kalah. Mungkin ini satu lagi peluang untuk buat sesuatu yang saya suka.
"Tanggungjawab saya adalah untuk berjuang dan bertanding untuk Malaysia serta ingin membuka mata masyarakat agar berminat dalam sukan terjun ini kerana penerjun wanita tidak ramai. Kerana mungkin suatu hari mereka akan menyambung legasi kami.
"Target saya untuk menjadi lebih baik, memandangkan untuk mendapatkan mata dan penilaian markah lebih tegas, jadi semuanya perlu sempurna.
"Prestasi baik atau buruk, kami memerlukan sokongan. Kerana kami mempunyai matlamat yang sama untuk banggakan Malaysia. Perkara ini bukan mudah." katanya kepada Nadi Arena.
Must-Watch Video