Skip to main content

Advertisement

Hoki

Kanada ikrar perkemas pukulan sudut penalti

kanada,-gordon-johnson-hoki-psas-2019.jpg
Ketumpulan pukulan sudut penalti Kanada mengundang kebimbangan apabila bakal menghadapi Malaysia dalam aksi kelima Piala Sultan Azlan Shah 2019, malam ini, selepas hanya mampu meledak tiga gol.

Pukulan sudut penalti Kanada antara yang paling lemah dalam kempen di Ipoh, Perak. 

Hanya tiga gol disumbat setakat ini, namun mereka lebih agresif menerusi gerakan padang yang sudah menyumbang sembilan gol.

Persoalannya, adakah mereka sempat memperbaiki ketumpulan pukulan sudut penalti kerana India dan Korea Selatan banyak bergantung kepada gerakan itu untuk menumbangkan Malaysia.

"Ini bakal menjadi pertembungan yang sengit dan sekiranya ingin beroleh kemenangan, kami perlu lebih klinikal dalam pukulan sudut penalti. 

"Kami pasti tidak akan mendapat peluang yang banyak ketika menentang Malaysia, jadi kami perlu memanfaatkan peluang yang ada," ujar pakar pukulan sudut penalti Kanada, Gordon Johnson. 

Tambah seorang lagi pakar pukulan sudut penalti Kanada, Mark Pearson: "Kami perlu kental bertahan selain mengintai peluang dalam pukulan sudut penalti. 

"Kami perlu cuba mengikut arahan yang telah disusun sambil berusaha mencapai kemenangan."

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan berpihak kepada Malaysia sejak 2014 dengan dua kemenangan dan dua seri.

Namun, Malaysia perlu berhati-hati dengan beberapa pemain seperti penyerang, Devohn Teixeira dan Fin Boothroyd, yang tajam dalam kawasan D apabila masing-masing menghimpunkan dua gol.

Advertisement

Must Watch Video