Skuad sepak takraw negara disarankan untuk menilai semula rutin pemakanan pemain seandainya mahu menamatkan dominasi Thailand di pentas antarabangsa.
Penganalisis sukan dan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa, berkata isu pemakanan bukan lagi perkara remeh dalam sukan moden, sebaliknya menjadi komponen utama dalam prestasi atlet berprestasi tinggi.
"Saya faham roti canai dan nasi kandar memang kegemaran rakyat Malaysia, tetapi untuk seorang atlet yang sedang menjalani latihan intensif menuju Sukan SEA, makanan seperti itu patut dielakkan sama sekali.
"Kalau masih makan ikut selera dan bukan ikut keperluan latihan, macam mana kita nak lawan Thailand yang begitu teliti dalam hal pemakanan dan pemulihan pemain mereka?” katanya kepada Sukan Sinar.
Jelasnya lagi, pemakanan atlet perlu dikawal rapi dengan pengambilan protein mencukupi, suplemen yang betul serta makanan rendah minyak dan gula yang menyokong tenaga dan pemulihan otot.
Pemakanan yang tidak terkawal boleh mengundang keletihan, risiko kecederaan serta mengganggu konsistensi pemain di gelanggang.
Dalam masa sama, Mohd Sadek turut menekankan kepentingan kekuatan fizikal yang seimbang dalam kalangan pemain, terutama posisi tekong dan apit kanan, yang memerlukan kuasa pukulan serta lompatan agresif berbanding apit kiri.
"Latihan gimnasium mesti dipertingkat. Ini bukan soal siapa lebih berbakat tetapi siapa lebih bersedia daripada segi fizikal dan taktikal," katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.