Itu yang boleh disimpulkan Khairul Adha Rasol selaku jurupandu kepada atlet berbasikal para negara, Muhammad Afiq Afify, yang sudah pulih daripada kecederaan dan bersedia ke Sukan Komanwel Gold Coast.
Khairul Adha mengalami kecederaan harmstring sejurus berakhir Kejohanan Berbasikal Asia (ACC), bulan lalu.
Bagaimanapun, kecederaannya semakin pulih dan tidak menjejaskan latihannya bersama Afiq dalam persediaan mereka ke Sukan Komanwel buat kali pertama.
Dia mahu lebih berhati-hati agar tidak berlaku sebarang kecederaan pada saat-saat akhir kerana kejayaan Afiq di Gold Coast turut bergantung kepada kecergasan dirinya.
"Saya telah mula menjalani latihan dan pulih daripada kecederaan," kata Khairul Adha.
Bagi Afiq, dia tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi selain berharap dapat memberi saingan sengit kepada pencabar seperti Britain yang merupakan juara dunia.
Namun, Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia UCI di Rio yang bermula 17 Mac ini perlu diharungi terlebih dahulu dalam misi rampas gelaran juara selepas meraih gangsa pada edisi lalu di Los Angeles.
"Saya menyedari saingan yang sengit di Gold Coast, jadi saya mahu berusaha untuk memberikan terbaik," kata Afiq.