22 tahun berbakti kepada negara, bekas juara dunia 2017, Cheong Jun Hoong, akhirnya mengumumkan persaraannya hari ini menerusi laman sosial media peribadinya.
Ketika dihubungi wartawan Astro Arena, Muiz Aziz, Jun Hoong berkongsi kisah di sebalik persaraannya juga pahit manis sepanjang bergelar penerjun negara.
"Berat hati ini namun saya mengambil keputusan mengumumkan persaraan daripada sukan terjun," kata Jun Hoong.
"Saya telah cuba melakukan yang terbaik daripada setiap aspek. Melihat semula apa yang telah dilalui, prestasi Sukan Olimpik Tokyo gagal ditampilkan dengan terbaik.
"Jika anda bertanyakan sama ada saya menyesal atas keputusan ini, saya rasa tidak kerana telah banyak yang telah dilalui, pahit dan manis dalam mengharumkan nama negara."
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu merupakan salah seorang atlet yang telah digugurkan daripada skuad kebangsaan ketika Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara berlangsung hujung Disember tahun lalu.
Lebih kurang 22 tahun bersama kem negara menyaksikan Jun Hoong meraih pelbagai pencapaian yang mengharumkan nama negara.
Yang paling diingati semestinya pingat perak Rio 2016, menjadi juara dunia pertama dalam sukan terjun pada tahun 2017 malah satu emas Sukan Komanwel dan enam pingat emas Sukan SEA.
Keputusan drastik itu disebabkan pemotongan bajet jelas mengecewakan Olimpian negara itu, namun setiap pengakhiran pasti ada permulaan.