Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Hoki

Juara treble wanita terus tersakiti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

431031022_745447251011927_8281520031597135964_n.jpg
Juara treble 2023 bagi Piala Sumbangsih, Piala Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Piala Vivian May Soars terpaksa akur untuk menggigit jari apabila tewas 0-2 dalam saingan penentuan kedudukan 3/4 kepada PDRM Blue Warrios pada Sabtu. Jurulatih Negeri Sembilan, K. Rajan sudah menjangkakan keputusan ini akan berlaku kerana Negeri Sembilan hadir dalam edisi kali ini sebagai pasukan 'underdog. 

"Keputusan yang dijangka tetapi hari ini kita banyak menukar budak sekolah untuk bermain bagi mereka pengalaman.

"Tetapi secara keseluruhan sekali lagi kita punya pertahanan tidak kuat, terlalu banyak kesilapan mudah, dua gol yang mereka jaringkan pun kita yang berikan ruang. 

"Mereka ada pemain jemputan antarabangsa (3 orang), kualiti hantaran bola lebih baik daripada perlawanan pertama liga kerana ketika itu mereka baru tiba dan kualiti yang mereka tampilkan hari ini sangat luar biasa dan kita tidak mampu bertahan.
 

Advertisement

Must Watch Video