Atlet lawan pedang kebangsaan, Joshua Koh I Jie, berharap persediaan sendiri yang dilakukan bersama rakan sepasukan mampu membuahkan hasil apabila kini serius berlatih dengan konsisten di venue baru menjelang Sukan Asia 2018.
Joshua bersama atlet wanita, Tyanne Fong, memulakan latihan di venue baru bersama kelab luar selepas tidak lagi berlatih di Majlis Sukan Negara (MSN).
Latihan secara serius itu mula dilakukan hari ini selepas sekian lama tidak berlatih bersama rakan sepelatih memandangkan Sukan Asia kian hampir.
Joshua tidak menolak rasa rindu untuk melakukan persiapan dengan kesemua atlet lain dan terpaksa menerima hakikat apabila masing-masing sudah membawa haluan sendiri untuk berlatih.
"Pasti ada beza kerana di bawah MSN, kami bertanggungjawab terhadap mereka tetapi di sini, saya berlatih berlandaskan motivasi sendiri.
"Ia memerlukan latihan yang lebih keras buat diri saya," katanya.
Sementara itu, Tyanne yang julung kali dipilih untuk ke Sukan Asia berpendapat latihan sendiri menjadikan dirinya lebih berdisiplin.
Dia, yang menetap di Amerika Syarikat, pulang ke Malaysia demi persiapan Sukan Asia dan bakal menggunakan peruntukan sendiri ke Jakarta.
"Saya mempunyai lebih empat bulan untuk berlatih, jadi saya harap dapat melangkah ke pusingan 64 terbaik dalam Sukan Asia.
"Ia sukar tetapi saya akan terus mencuba," ujar Tyanne.