Skip to main content

Sukan Lain

Josh Ferris, Julie Derron ungguli Ironman 70.3 di Pulau Langkawi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ironman.jpg
Seramai 1568 atlet triathlon dari 66 negara memulakan perjuangan dalam saingan Ironman Langkawi 2025 hari ini.

Selain kategori penuh, tumpuan turut terarah pada atlet profesional antarabangsa serta wakil tempatan yang bersaing dalam acara Ironman 70.3.

Wakil Australia, Josh Ferris, mengungguli sebagai peserta terpantas secara keseluruhan kategori 70.3 dengan catatan 3 jam 46 minit 56s (saat), malah Ferris menyifatkan kejayaan itu adalah penamat musim 2025 yang sempurna buat dirinya.

Larian 10km (kilometer) akhir ketika disiplin larian jadi detik paling mencabar buatnya disebabkan cuaca terik, namun dia puas mampu atasi segala cabaran sekaligus berjaya mencipta kejayaan itu.





"Saya melalui musim yang baik. Saya bangga dengan pencapaian saya musim 2025. 

Dalam pada itu, persiapan lengkap termasuk proses pemulihan kecederaan yang dialami pada pertengahan Ogos lalu membuahkan hasil buat Julie Derron apabila berjaya menjadi juara keseluruhan wanita kategori sama.

Triathlete dari Switzerland itu mengambil masa 4 jam 13 minit 52s untuk menamatkan perlumbaan.

Dia bagaimanapun mengakui ianya bukan mudah kerana terpaksa mengharungi bahang panas serta laluan berbukit ketika disiplin berbasikal sebelum tiba ke garisan penamat.

"Saya perlu lakukan yang terbaik untuk bergelar juara. Tahniah buat semua yang menyertai saingan ini."tambah juara kategori wanita itu.
 
Football

Nike BIG Discount

Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video