Barisan atlet olahraga negara berdepan lebih berliku untuk layak secara merit ke Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028 selepas kemas kini Olahraga Dunia (WA) mengenai kelayakkan minimum yang lebih ketat.
Tumpuan pastinya terarah kepada saingan 100 meter pecut di mana WA telah menetapkan masa kelayakan bagi kategori lelaki adalah 9.93 saat untuk LA 2028, berbanding 10 saat di Paris pada 2024.
Di kategori wanita pula catatan 10.96 saat diperlukan, berbanding 11.07 saat.
Pemangku Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Wan Hisham Wan Salleh, mengakui perkara itu pasti memberi lebih kesukaran kepada atlet negara dan hanya fokus kepada slot 'tiket peluang khas' sahaja.
Melihat kepada prestasi yang dipamerkan atlet orienteering pekak dalam edisi kedua kejohanan yang berlangsung di Negeri Sembilan, Presiden Persatuan Sukan Orienteering Malaysia (PESOM) melihat keperluan untuk membawa mereka di bawah landasan sebenar.
Ini bagi memastikan atlet pekak mendapat latihan mencukupi serta mampu meningkatkan skil dan teknik pembacaan peta untuk mengurangkan jurang masa dalam saingan antarabangsa.
Presiden PESOM, Shamsuri Abd Latif, turut mengesahkan beberapa peserta telah dikenal pasti untuk dipilih mewakili negara di peringkat antarabangsa.
Menurutnya, Malaysia memiliki peluang cerah untuk mendapat pingat dalam Kejohanan Sukan SEA Pekak tahun hadapan kerana jurang atlet negara berbanding atlet pekak Asia Tenggara lain tidak menunjukkan jurang yang jauh.
"Dengan kesukaran kelayakan yang ketat, agar sukar hantar wakil negara ke Sukan Olimpik.
"Kalau dulu layak menerusi 'tiket peluang khas'.
"Setakat ini biarlah kami capai dulu apa yang boleh dicapai, dan sekarang kami lebih fokus kepada Sukan SEA," katanya.