SUKAN LAIN
Josephine mahu lebih ramai atlet muda diberikan peluang beraksi di pentas antarabangsa
Bekas jaguh atlet 400m negara, Josephine Mary, bimbang dengan keputusan yang diraih dalam Kejohanan Olahraga Asia namun masih percaya dengan kemampuan atlet negara untuk memberikan keputusan positif di Sukan Asia September depan.
Malaysia hanya memungut satu pingat perak sumbangan jaguh lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.
Bagi Josephine,
Iklan
"Saya berasakan prestasi kurang memberangsangkan namun barisan atlet pelapis menghadirkan kualiti yang baik dan berpotensi untuk menyinar pada masa akan datang," katanya.
"Jika diberikan peluang, saya yakin dalam tempoh dua tahun mereka mampu menghasilkan sesuatu. Saya percaya atlet muda turut diberikan peluang sekaligus meningkatkan motivasi mereka beraksi di pentas antarabangsa."
Josephine turut yakin anaknya, Shereen Samson Vallabouy, mempunyai peluang cerah untuk sekali lagi menaiki podium buat negara di temasya Sukan Asia, lebih-lebih lagi selepas berjaya menduduki ranking ketiga dalam benua Asia.
"Dia berada di kedudukan ketiga Asia, dan saya berharap Shereen mampu melakukan yang terbaik dan berada dalam kedudukan podium.
"Kami enggan meletakkan tekanan dan ketika ini, dia memiliki jurulatih baru dan berada dalam fasa persiapan menghadapi Sukan Asia."
Must-Watch Video