Kejayaan memenangi siri Jelajah Mare Nostrum di Eropah tahun lalu adalah antara misi yang cuba diulangi perenang negara, Welson Sim, walaupun menyedari saingan kali ini pastinya lebih sukar.
Tahun lalu, Welson mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi atlet renang lelaki pertama negara untuk meraih emas dalam siri kejohanan itu di Monte Carlo, Monaco.
Lebih manis, ketika itu dia mengungguli acara 400 meter gaya bebas dengan mengatasi juara Sukan Olimpik Rio 2016, Mack Horton dari Australia, di samping memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 3 minit 49.48 saat.
"Diharapkan ia berulang lagi," katanya. "Tetapi saya jangkakan saingan lebih sengit kerana ramai perenang hebat akan membuat penampilan kerana kita juga mempunyai Sukan Asia (Ogos ini) tahun ini. Saya jangka ramai perenang baik akan hadir."
Siri Jelajah Mare Nostrum merangkumi tiga pusingan bermula di Canet-en-Roussillon di Perancis sebelum ke Barcelona, Sepanyol dan berakhir di Monte Carlo pada 13 dan 14 Jun ini.
Ketua jurulatih renang negara, Paul Birmingham, bakal menyenaraikan 10 perenang dengan tumpuan lebih kepada dua pusingan sahaja.
Menjadikan siri jelajah itu sebagai persiapan ke Sukan Asia di Indonesia, Welson juga mengakui semakin berada di tahap terbaik selepas tidak cergas sepenuhnya dalam Kejophanan Terbuka Malaysia bulan lalu.
"Saya akan sertai dua acara, iaitu 200 meter dan 400 meter untuk dua penampilan itu. Saya juga sangat gementar tetapi tiada apa yang boleh saya lakukan. Hanya berlatih," katanya lagi.