Skip to main content

Sukan Lain

Jefry tuntut maklum balas persatuan sukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jefry-ngadiri21117.jpg
Pengarah Bahagian Persediaan Atlet, Majlis Sukan Negara (MSN), Jefry Ngadirin, mengesahkan 12 persatuan sukan kebangsaan masih belum menghantar laporan prestasi Sukan SEA Filipina sambil tujuh persatuan turut gagal melakukan perkara sama menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pegawai persatuan perlu lebih serius atau akan berdepan masalah dana susulan kelewatan menghantar laporan prestasi Sukan SEA Filipina selepas tarikh akhir, Jumaat lalu.

Daripada 52 persatuan, hanya 40 sudah berbuat demikian ketika bengkel bedah siasat akan bermula Rabu ini dan situasi sama berlaku terhadap cadangan persiapan program Olimpik Tokyo.

Daripada 10 persatuan, hanya tiga sudah menghantar laporan, sekali gus membayangkan adakah mereka benar-benar serius untuk memburu pingat emas sulung temasya itu.

"Memang kami mengharapkan kerjasama daripada persatuan sukan dalam mengemukakan setiap maklumat dalam usaha memerlukan cadangan lebih baik dan lengkap. Sekali lagi, saya berharap setiap persatuan yang terlibat segera memberi maklum balas," kata Jefry.



Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video