Timbalan Chef-de-mission (CDM) kontinjen negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur, Jefri Ngadirin dan M. Kumaresan, mempertaruhkan pengalaman masing-masing dalam membantu persiapan negara untuk menghadapi temasya dwi-tahunan itu.
Pelantikan kedua-dua individu itu diumum Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kelmarin, bagi membantu CDM, Datuk Marina Chin.
Jefri adalah pemangku Pengarah Bahagian Atlet, Majlis sukan Negara (MSN) manakala Kumaresan bekas pelumba berbasikal trek kebangsaan.
Menurut Jefri, dia akan memastikan kelancaran dalam persiapan kontinjen negara apatah lagi sudah biasa bekerjasama dengan Marina dan juga Kumaresan.
"Setakat ini saya sudahpun membantu CDM sejak awal pelantikannya, dari segi pengurusan program di peringkat Majlis Sukan Negara (MSN). Semestinya CDM memerlukan bantuan daripada kami untuk memastikan segala aspek dijalankan dengan lebih teratur," katanya.
Buat Kumaresan pula, pengalamannya sebagai bekas atlet pasti dapat membantu barisan atlet negara khususnya yang pertama kali menyertai temasya itu.
Kedua-dua individu itu dijangka mengetahui bahagian pengkhususan masing-masing selepas seminar CDM bersidang 19 Februari ini.
"Tekanan itu memang lebih kerana kami mesti mempersembahkan penganjuran lebih baik daripada sebelum ini," kata Kumaresan.
"Semestinya, saya percaya sebagai atlet dan pernah menyertai Sukan SEA sebanyak tujuh kali, saya tahu situasi sebagai atlet. Kami akan membantu apa yang yang kami boleh lakukan."
Pelantikan Jefri dan Kumaresan turut dialukan-alukan Marina dalam membantu kelancaran kontinjen negara berada di tahap terbaik, 19-31 Ogos nanti.
"Saya memerlukan kepakaran mereka dalam bidang masing-masing. Macam saya dan Kumaresan, kami ini bekas atlet maka kami faham perasaan atlet dan memikirkan bagaimana untuk membantu mereka sebelum pertandingan selain membantu menguruskan pasukan," kata Marina.