Pelumba kereta berpengalaman negara, Jazeman Jaafar, menyasar untuk mencipta lebih banyak kejayaan musim 2025 meskipun sedar ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai.
Pelumba berusia 32 tahun itu percaya, dengan persiapan rapi yang dijalaninya di samping sokongan padu pihak penaja dan peminat, tidak mustahil untuknya meraih sesuatu yang lebih besar dalam perlumbaan kategori GT musim ini.
"Saya mahu memasuki perlumbaan yang lebih besar. Saya nak menang perlumbaan yang lebih ikonik.
"Saya mendapat penajaan bukan sahaja daripada latar belakang automatif, saya nak cabangkan komuniti ini mengikut perjuangan saya dalam permotoran.
"Saya akan memaklumkan persiapan saya untuk menghadapi GT dalam masa beberapa minggu lagi," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.
Untuk rekod, musim lalu Jazeman mengungguli beberapa perlumbaan yang disertai antaranya perlumbaan 1 pusingan keempat Piala Asia Lamborghini Super Trofeo di Fuji Speedway pada Ogos depan selain menamatkan saingan di kedudukan ketiga keseluruhan kategori pro-am bersama rakan sepasukan, Selim Rafique.
Dalam perkembangan sama, Jazeman menganggap ia satu penghormatan buat dirinya apabila dilantik selaku duta kepada sebuah syarikat tuner automotif dari Jepun itu yang terlibat dengan pengubahsuaian kereta Porsche edisi 90-an.
Dia mengharapkan kerjasama ini mampu menyuntik motivasi dalam usahanya untuk terus memartabatkan industri automotif di Malaysia.