Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, menghamburkan pujian terhadap penerjun negara, Cheong Jun Hoong, yang dinobatkan sebagai juara dunia dalam acara 10 meter platform individu wanita di Budapest, Hungary, malam tadi.
Pencapaian dalam Kejohanan Akuatik Dunia (FINA) itu adalah julung kali buat negara yang menyaksikan pungutan 397.50 mata secara keseluruhan mengangkat atlet berusia 27 tahun itu sebagai juara dunia.
"Walaupun sukan terjun sudah meletakkan kita di peringkat tinggi dunia, khususnya terjun seirama dan individu, Jun Hoong benar-benar meletakkan kita di mata dunia dengan mengalahkan China," katanya.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, pula berpendapat kejayaan itu adalah hasil usaha yang berterusan dengan berkata, "Semasa kita membuat persiapan bagi menghadapi Sukan SEA (Kuala Lumpur), Sukan Komanwel di Gold Coast dan Sukan Asia di Jakarta pada tahun hadapan serta Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, persiapan ini bukan boleh dibuat dalam masa yang singkat.
"Ini merupakan perancangan jangka masa panjang."
Sementara itu, Pengarah Program Podium, Tim Newenham, berhasrat menjadikan kejayaan Jun Hoong sebagai pencapaian berterusan melalui pendekatan sains sukan.
"Tempoh terbaik untuk mendalami psikologi dalam sukan adalah ketika atlet dalam prestasi yang baik, bukan sebaliknya.
"Ini tempoh paling ideal untuk mengenal pasti apakah corak pemikiran kemenangan bagi membolehkan ia memacu prestasi seseorang atlet itu," katanya.