Skip to main content

Sukan Lain

Isu saman ISN: Mahkamah Rayuan terima permohonan tiga penembak

menembak-saman.jpg
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan tiga penembak kebangsaan untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tuntutan saman terhadap Institut Sukan Negara (ISN) selepas mereka digugurkan daripada Program Podium pada 2017.

Bekas penembak kebangsaan, Muslifah Zulkifli dan Nur Ayuni Farhana Abd Halim, dan Nur Suryani Mohamad Taibi yang masih mewakili negara kembali menghidupkan peluang mereka dalam kes berkenaan.

Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan mereka untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan itu sebelum ini. 

Ia bermakna ketiga-tiga mereka akan meneruskan saman terhadap ISN dalam masa terdekat.

Mereka mencatat sejarah sebagai atlet pertama berjaya mengheret ISN ke mahkamah.

Jika saman itu berjaya, ia akan membuka lembaran baru terhadap atlet yang ditamatkan kontrak daripada program latihan kebangsaan.

Sebelum ini, ISN menggunakan akta Seksyen 44 yang bermakna atlet tidak boleh menyaman mereka, namun badan induk itu perlu mengemukakan satu hujah berniat baik.

"Kami melakukan yang sehabis baik dan berserah untuk membawa kes ini ke perbicaraan penuh.

"Sebelum ini, Mahkamah Sesyen telah menolak permohonan anak guam kami dan rayuan yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi turut ditolak.

"Yang terbaru, Mahkamah Rayuan telah menerima permohonan anak guam kami dan kes ini akan kembali dibawa ke Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan penuh," kata peguam yang mewakili penembak berkenaan, Azlan Mashod.

Advertisement

Must Watch Video