Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, memberi amaran agar Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) segera menyelesaikan isu doping atau kedudukan mereka dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan terancam.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, bertekad menjadikan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bebas doping.
Ia antara punca acara bina badan tidak dipertandingkan kerana mencatat jumlah kes doping yang tinggi.
Angkat berat berada di tangga kedua dengan tiga kes positif dan situasi itu dilihat boleh menjejaskan kedudukan mereka dalam temasya dwitahunan itu.
"Ia tertakluk kepada bidang kuasa dan hak persatuan antarabangsa. Mereka memang boleh berbuat demikian sekiranya atlet banyak terlibat dalam kes doping.
"Mereka mempunyai hak untuk menggantung hak keahlian (persatuan). Sekiranya keahlian digantung, penglibatan mereka dalam sukan akan terjejas," tegas Beng Choo.
Awal tahun ini, dua atlet angkat berat kebangsaan yang sepatutnya beraksi dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Constantine Clement dan Mohd Nasir Roslan, diuji positif doping sehingga digantung dua tahun.
Persekutuan Sukan SEA (SGF) sudah memutuskan 38 jenis sukan akan dipertandingkan dalam temasya Kuala Lumpur 2017 dengan Malaysia bertekad muncul juara keseluruhan tanpa sebarang kes doping.