Skip to main content

SUKMA

Isu doping: Khairy tuntut pendedahan berterusan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

280916-8.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mahu atlet sentiasa diberi pendedahan berterusan mengenai padah terlibat dengan doping, selepas satu lagi kes mengecewakan berlaku membabitkan atlet Sukan Malaysia (Sukma). 

Pandangan Khairy itu bagi mengulas kes terbaru doping membabitkan empat atlet dalam temasya Sukma Sarawak, Julai lalu. 

Lebih membimbangkan, atlet yang terlibat merupakan pemenang pingat dalam temasya berkenaan. 

Sepanjang tahun ini, 14 kes doping daripada pelbagai jenis sukan membelenggu sukan tempatan. 

Dengan persediaan menghadapi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur menjadi tumpuan, Khairy berharap tiada lagi insiden seperti ini akan menjejaskan kontinjen negara di temasya itu nanti. 

"Pendedahan sudah diberikan kepada atlet berkenaan dengan bahan-bahan larangan dalam senarai WADA (Agensi Anti-Doping Dunia). 

"Walaupun sudah diberi pendedahan, masih ada yang tidak mematuhi. Jurulatih harus memahami mengenai bahan-bahan larangan.

"ADAMAS (Agensi Antidoping Malaysia) akan mengadakan ujian secara rawak, terutamanya ke atas atlet-atlet yang disenarai pendek untuk Sukan SEA dan Sukan Asia," kata Khairy selepas menghadiri majlis pelancaran model baru Proton Saga di Setia Alam, hari ini. 

Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut identiti empat atlet Sukma yang positif doping itu sehingga keputusan sampel B mereka diumumkan. 

Advertisement

Must Watch Video