Seorang jurulatih pecut olahraga negara akan dipanggil menghadap Jawatankuasa Siasatan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) berhubung kes doping yang membabitkan seorang pelari muda dalam Kejohanan Tertutup Malaysia, Ogos tahun lalu.
KOM mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk membincangkan kes doping yang bakal menggegarkan arena sukan negara susulan sampel air kencing pelari berusia 17 tahun itu didapati mengandungi steroid jenis methasterone dan oxymetholone.
Siasatan KOM mendapati atlet itu menjelaskan telah diberi makanan tambahan oleh jurulatih terbabit sehingga mendorong kedua-dua pihak untuk dipanggil menghadap jawatankuasa siasatan.
KOM akan memanggil atlet dan jurulatih terbabit minggu depan untuk mendapatkan maklumat tambahan sebelum menjatuhkan hukuman.
"Kami akan menjalankan proses berikutnya, iaitu sesi pendengaran bersama atlet dan jurulatih berkenaan.
"Ada beberapa soalan yang kami perlu sahkan sebelum kami memberikan sebarang cadangan kepada KOM," kata Pengerusi Jawatankuasa Anti Doping KOM, Datuk R Anamalai.
Presiden KOM, Datuk SM Muthu, mahu siasatan menyeluruh terhadap pihak tertentu berbanding hanya menyalahkan atlet semata-mata dengan berkata: "Atlet ini masih muda, tidak faham apa (makanan tambahan) yang diambilnya setelah diberikan oleh orang yang dikenalinya.
"Kami belum tahu lagi dan siasatan sedang dilakukan."
Jika didapati bersalah, atlet dan jurulatih itu boleh dijatuhkan hukuman penggantungan empat tahun.
Ini kes doping kedua pada 2019 selepas seorang atlet bina badan juga dikesan positif steroid.
Editor: Shaiful Shamsudin