"Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan."
Itu antara ungkapan yang dapat menggambarkan perasan atlet triatlon negara, Irene Chong See Win, di atas jaminan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang akan membantunya merealisasikan impian ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Sebelum ini, Persatuan Triatlon Malaysia (Triam) dibatalkan pendaftaran oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS) ekoran kegagalan menyediakan laporan tahunan lengkap.
Namun, pihak MOM memberi jaminan akan membantu atlet triatlon yang mahu menyertai kelayakan Sukan Olimpik 2020.
Pada mulanya, Irene bimbang mengenai nasib dan peluangnya ke temasya itu, apatah lagi dia tidak dimaklumkan sebarang maklumat oleh Triam dan hanya mendengar daripada pihak lain.
"Kami sememangnya berharap ada pihak yang akan tampil membantu dan membimbing kami sepanjang tahun ini.
"Kami perlu melakukan persediaan awal untuk kelayakan Sukan Olimpik.
"Kami tidak boleh menunggu sehingga tahun depan untuk memulakan persediaan.
"Jika kami benar-benar mahu ke Sukan Olimpik, kami perlu memulakannya secepat mungkin," katanya.
Dalam pada itu, Irene berharap dapat didedahkan dengan beberapa perlumbaan cuaca sejuk sebelum menghadapi Kejohanan Dunia di Perancis, September depan.
"Saya sudah melepasi kelayakan Kejohanan Dunia, tahun lalu.
"Saya akan bertanding dalam kategori Ironman 70.3 setengah batu di Perancis, September ini.
"Seterusnya, saya akan menghadapi Sukan SEA Filipina pada Disember.
"Persiapan kini lebih terarah kepada Kejohanan Dunia kerana slot bagi kejohanan itu telah disahkan dan yuran pendaftaran juga sudah dibayar," tambahnya.