OLIMPIK TOKYO
IOC beri amaran kepada venue golf Tokyo 2020
Acara golf dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak akan diadakan di Lapangan Golf Kasumigaseki sekiranya kelab itu tidak membenarkan wanita menjadi ahli, kata Naib Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), John Coates.
Selepas kembali dipertandingkan di temasya Rio 2016, golf akan meneruskan perjalanan di Sukan Olimpik Tokyo dengan lapangan di Saitama menjadi venue utama.
Bagaimanapun, larangan penyertaan pemain wanita, termasuk tidak dibenarkan bermain pada Ahad, merupakan satu halangan besar, ulas Coates.
Iklan
"Prinsip kami adalah berlandaskan diskriminasi sifar, itu adalah prinsip utama kami selama ini," katanya.
"Ketika ini terdapat perbincangan untuk lapangan golf itu menjalankan prosedur anti diskriminasi.
"Berkemungkinan isu ini dapat diselesaikan hujung Jun nanti."
Ketika di Rio, pemain Korea Selatan, Park Inbee, meraih pingat emas dalam acara wanita manakala Justin Rose dari Great Britain mengungguli kategori lelaki.
Must-Watch Video