Skip to main content

Permotoran

Ini bukan cara kita layan atlet, kata Hannah Yeoh kepada MPM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah-yeoh.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, tidak bersetuju dengan tindakan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), yang dilaporkan mahu mengambil tindakan keras terhadap jaguh badminton negara, Cheah Liek Hou, selepas atlet itu bersuara mengenai isu insentif yang patut diperolehnya susulan memenangi pingat emas dalam Sukan Paralimpik Paris tahun lalu.

Hannah, dalam satu kenyataan di laman sosialnya sebentar tadi, menegaskan bahawa Liek Hou merupakan seorang atlet yang rajin dan sentiasa membawa pulang pingat buat negara setiap kali bertanding.

Justeru, ia bukan cara yang betul untuk badan induk itu melayan atlet berkenaan, yang telah mengangkat nama Malaysia di persada dunia.

"Hakikatnya, penaja hadir kerana mahu menyokong dan meraikan kejayaan atlet, bukan menaja MPM sahaja.

"Ini bukan cara kita melayan atlet yang telah mengangkat nama Malaysia di persada dunia. Liek Hou merupakan seorang atlet yang rajin dan setiap kali bertanding, membawa pulang pingat untuk Malaysia.

"Liek Hou tidak melanggar mana-mana garis disiplin. Beliau hanya menuntut apa yang dijanjikan kepadanya setahun selepas memenangi pingat emas dalam Sukan Paralimpik Paris 2024. Ini bukan isu disiplin tetapi berpunca daripada kelewatan MPM sendiri."

Hannah turut menegaskan bahawa keputusan untuk mengambil tindakan terhadap Liek Hou bukan di tangan MPM semata-mata.

"Liek Hou berada di bawah jagaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negara (MSN). Apa-apa keputusan mengenai kedudukan Liek Hou bukan di tangan MPM semata-mata. MPM tidak berhak bertindak sendiri," katanya lagi.


 

Advertisement

Must Watch Video