Skip to main content

Sukan Lain

Hukum penggantungan tidak sah, Krishnakumar bakal ambil tindakan susulan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

krishnakumar.jpg
Selepas melalui tempoh lima bulan yang sulit buat Presiden Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur, K. Krishnakumar, lega apabila Pesuruhjaya Sukan Malaysia mendengar aduannya.

Ternyata penggantungan dua tahun yang dikenakan terhadap Krishnakumar adalah tidak sah dan pihak Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) perlu menghantar surat pembatalan terhadap penggantungan tidak sah bermula 27 Julai lalu.

Tidak itu sahaja, Krishnakumar mahu mengambil tindakan menerusi saman malu terhadap badan induk PBBM.

Krishnakumar turut mendakwa, tindakan penggantungan dari PBBM itu berlaku rentetan persoalan yang dikemukakan olehnya ketika meyuarat agung tahunan lima bulan lalu.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video