LGD Gaming Malaysia tetap berpuas hati walaupun tewas kepada juara dunia, KPL Dream Team, dalam final Kejohanan Honor of Kings Invitational Midseason E-sports World Cup di Riyadh, Arab Saudi, semalam.
LGD tewas 0-3 di tangan pasukan gergasi dari China itu, yang tidak pernah kalah walau satu pusingan dan mendominasi permainan dengan sepenuhnya.
Ketua jurulatih LGD, Lai Kok Kiong, mengakui kehebatan KPL, namun tetap bangga kerana Malaysia baru sahaja membentuk pasukan berkenaan tetapi sudah mampu bersaing hingga ke tahap itu.
"Untuk perlawanan final ini, kami memang sedar perbezaan kami dengan KPL Dream Team kerana kami sudah beraksi scrims banyak kali dengan mereka.
"Hanya mereka satu-satunya pasukan yang dapat menewaskan kami, jadi kami berpuas hati kerana mereka memiliki pengalaman sembilan tahun.
"Berikan kami sedikit masa dan kami akan dapat menyaingi mereka kerana kita baru sahaja memiliki server Malaysia pada Jun lalu," katanya
LGD, bagaimanapun, tidak berputih mata dengan membawa pulang wang tunai RM2.2 juta, sekali gus layak ke Kejohanan Dunia Honor of Kings di Jakarta pada Oktober depan.