Zhang Hong Bo, yang baru dilantik sebagai jurulatih skuad pelapis renang negara, menetapkan sasaran untuk membantu Malaysia mengembalikan reputasi sebagai kuasa besar Asia Tenggara dalam Sukan SEA Filipina, November depan.
Hong Bo memulakan tugas di Bukit Jalil selepas menghabiskan tempoh dua tahun sebagai jurulatih skuad renang Kuala Lumpur.
Jurulatih kelahiran Dalian, China, itu mengendalikan lapan perenang pelapis kebangsaan dengan misi untuk membantu mereka memburu pingat emas Sukan SEA 2019.
"Ia agak berbeza memandangkan perenang Kuala Lumpur amat muda.
"Sesetengah perenang amat baik, namun sesetengah perenang tidak.
"Dalam skuad negara pula, setiap perenang amat-amat baik, jadi tugas saya kini lebih sukar," katanya.
Malaysia pernah mendominasi Sukan SEA dengan kutipan 11 pingat emas dalam edisi Kuala Lumpur 1989 dan sembilan emas di Laos pada 2009.
Namun, prestasi perenang negara semakin merosot selepas itu sehingga terpaksa berpuas hati dengan lima pingat emas dalam edisi Kuala lumpur 2017.
"Hari ini merupakan hari pertama dia bertugas.
"Dia akan mengemudi skuad pelapis negara, jadi ia merupakan perkara baik untuk dia menyertai kami.
"Saya kini dapat menumpukan lebih perhatian terhadap skuad senior," kata jurulatih sementara renang negara, Jeffry Ho.