MALAYSIA 16 KAZAKHSTAN 2
"Patut jangan bagi Kazakhstan sebarang jaringan!" Demikian reaksi jurulatih skuad hoki negara, Steven van Huizen, yang masih mempunyai rasa tidak puas hati di sebalik kemenangan 16-2 ke atas pasukan itu dalam aksi pembukaan acara hoki lelaki Sukan Asia Indonesia di Padang Hoki Gelora Bung Karno, hari ini.
Perkara itu disuarakan Van Huizen sebaik kemenangan dicapai dalam aksi yang cukup mudah buat skuad negara.
Malaysia tidak berhadapan sebarang masalah mengatasi Kazakhstan, sekali gus memadamkan rekod kekalahan kepada negara itu 26 tahun lalu.
Bagaimanapun, hasrat untuk menyaksikan Malaysia melakar kemenangan tanpa bolos tidak berlaku.
"Kami tidak patut membenarkan mereka mendapat dua gol. Itu tidak bagus untuk kami.
"Kadang-kala kesilapan berlaku. Saya berasakan apabila kami mara lebih jauh, mereka akan mengurangi kesilapan," kata Van Huizen.
Dalam perlawanan itu, Malaysia berada di tahap tersendiri, cemerlang dengan kemenangan besar ke atas skuad kendalian Olga Urmanova itu.
Jaringan Malaysia dihasilkan Faizal Saari (m-1, 43, 52), Faiz Helmi Jali (m-6), Razie Rahim (m-7, 34, 42, 48, 55) dan Nik Aiman Rozemi (m-8, 12).
Turut menjaringkan gol adalah Shahril Saabah (m-19, 21), Meor Azuan Hassan (m-22), Syed Syafiq Syed Cholan (m-30) dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (m-38).
Sementara itu, Kazakhstan meraih jaringan menerusi Aman Yelubayev dan Ilgam Abdulabayev masing-masing pada pada minit ke-14 dan 54.
"Kami sedar bahawa kami adalah pasukan yang lebih baik dan mantap.
"Kami tidak boleh bersikap terlalu leka, yakin dan melakukan kesilapan.
"Kami bukan sekadar mahukan kemenangan, sebaliknya menang dengan selesa.
"Kami mahu cuba meningkatkan mutu permainan dalam setiap perlawanan. Aksi hari ini medan terbaik untuk kami membuat persiapan menghadapi Thailand pula selepas ini," kata Van Huizen lagi.