"Jangan takut bertemu India," pesan jurulatih hoki negara, Steven Van Huizen, kepada skuad kendaliannya serta menegaskan India bukan halangan terbesar untuk Malaysia melakarkan kejayaan di kota Jakarta dalam aksi separuh akhir Sukan Asia 2018.
Malaysia, yang bakal berdepan pasukan terbaik Asia di pentas separuh akhir, bukan membawa maksud perebutan emas sudah berakhir.
Malah, peluang untuk anak buah Van Huizen masih terbuka luas untuk mencetak kejutan mencari slot ke final dan meraih emas Sukan Asia 2018.
"Bukan mudah untuk menentang Korea Selatan sekiranya mereka berada di kemuncak prestasi.
"Keempat-empat pasukan yang layak ke separuh akhir adalah mantap, ia akan menjadi perlawanan yang sengit.
"Kalau pemain gagal melaksanakan tanggungjawab, mereka boleh kalah besar tetapi jika mereka melakukannya, mereka boleh bersaing sengit atau memenangi perlawanan.
"Sudah tentu dalam saingan separuh akhir, tiada pasukan pilihan.
"Kami akan berdepan India, ia tugas paling sukar berbanding pertemuan lain," kata Van Huizen.
Lebih jelas, kredibiliti gergasi Asia seperti India, Pakistan mahupun Malaysia tidak jauh bezanya.
Van Huizen tidak mahu hanya disebabkan ranking, anak buahnya dianggap bukan pilihan untuk mara ke pentas akhir.
Beliau yakin dengan kualiti yang dimiliki anak buahnya berdasarkan prestasi semasa barisannya sejak kebelakangan ini.
"Kami telah berdepan pasukan kerdil, namun kami masih perlu menjaringkan gol.
"Pemain telah bermain dengan cemerlang tetapi dalam aksi getir, mereka perlu mengurangkan kesilapan dalam aspek seperti mengeluarkan dan menghantar bola.
"Pemain perlu berwaspada dalam kawasan bahaya," katanya lagi.