Kapten skuad hoki negara, Sukri Mutalib, menjelaskan sudah menjangka kemenangan ke atas Kazakhstan tetapi jaringan yang besar diibaratkan satu bonus untuk mereka meneruskan langkah kanan dalam aksi seterusnya.
Malaysia membuka tirai acara itu dengan permulaan positif apabila membenam Kazakhstan 16-2, semalam.
Walaupun pengendali pasukan, Stephen Van Huizen, tampak tidak gembira setelah skuad kebangsaan melepaskan dua gol, namun Sukri memiliki jawapan tersendiri.
"Sasaran utama adalah untuk mencapai kemenangan dan kami tidak menjangka mampu meraih 16 gol. Jurulatih telah memberitahu bahawa peluang yang ada perlu digunakan.
"Jumlah gol yang banyak memberikan kelebihan menerusi perbezaan jaringan kerana kami tidak pasti apa akan berlaku dalam aksi berdepan Pakistan nanti," kata Sukri.
Kali terakhir Malaysia bertemu Kazakhstan dalam Sukan Asia adalah pada tahun 1994 di mana aksi ketika itu berkesudahan skuad negara tewas 3-1.
Justeru, apabila melihat prestasi terkini, Sukri menjelaskan ia adalah detik terbaik untuk dia dan rakan sepasukan untuk mencatat kemenangan.
"Kami mengkaji perlawanan berdasarkan prestasi semasa. Kami berlatih dengan gigih, tahu apa yang diinginkan dan mahu mencapai sasaran.
"Menjelang aksi seterusnya menentang Thailand, kami akan menggunakan konsep sama sewaktu berdepan Kazakhstan. Kami juga tidak boleh memandang mudah cabaran Thailand," tambahnya.