HOKI
Hoki rayu bantuan ISN hadapi dua kejohanan penting
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) KHM, Datuk Seri Subahan Kamal, menggesa sokongan daripada Institut Sukan Negara (ISN) berikutan kekangan bantuan bagi persiapan ke dua kejohanan besar tahun ini.
Subahan mengakui organisasi tersebut kurang memberi perhatian kepada skuad hoki senior yang bakal bersaing dalam Sukan Asia September ini.
Subahan yang ditemui dalam satu sesi sidang media mengumumkan kehadiran semula Stephen van Huizen sebagai pengarah teknikal skuad hoki remaja.
Iklan
"Saya memerlukan lebih lagi daripada ISN.
"Kami tidak boleh membuat persiaan ke Piala Dunia dan kelayakan Olimpik dan dengan kekangan kakitangan selain kami juga perlu membayar beberapa servis.
"Jika kami perlu buat persediaan ke Piala Dunia Remaja mahupun pusingan kelayakan misalnya dan diletakkan dalam Program Road to Gold pula, ia pastinya pasukan bakal menikmati bantuan," kata Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal.
Turut memperkuatkan barisan kejurulatihan hoki negara ialah bekas jurulatih Singapura, K Rajan, yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa kejurulatihan badan induk itu.
Ia sebahagian usaha sendiri KHM memperkasakan ketiga-tiga skuad negara memandangkan banyak khidmat agensi kerajaan memerlukan bayaran.
Skuad kebangsaan akan berangkat ke Korea Selatan, 18 Jun depan, bagi mengadakan empat aksi persahabatan menentang juara Asia itu.
Ia sebahagian persiapan menjelang ke temasya di Hangzhou, di mana pemenang pingat emas akan layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Must-Watch Video