Skip to main content

Hoki

Hoki Piala TNB: Nor Saiful ambil kira faktor keletihan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nor-saiful-zaini.jpg
Ketua jurulatih hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini, percaya anak buahnya sudah melupakan kekalahan berdepan juara Liga Hoki Malaysia, Terengganu Hockey Team (THT), kelmarin. 

Fokus pasukannya kini terarah kepada perlawanan separuh akhir pertama Piala TNB berdepan Maybank di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, esok. 

"Kami perlu kekalkan mometum. Kami mahu melahirkan sebuah pasukan yang baik. 

"Kami tidak jauh tapi kami belum dapat rentak untuk menjadi pasukan yang bukan mudah untuk dibolosi. 

"Kami menetapkan minda positif untuk menunjukkan bahawa kami pasukan yang bagus dan boleh menghadapi mana-mana pasukan. 

"Kekalahan boleh mengajarkan macam mana nak bangun dengan lebih baik," katanya kepada Nadi Arena.




Nor Saiful turut mengingatkan barisannya agar berwaspada dengan cabaran yang bakal ditampilkan seteru itu di samping perlu memanfaatkan setiap peluang terhidang yang dimiliki.

"saya perlu pastikan pemain mendapat rehat yang cukup. 

"Sekarang perlawanan berterusan berlangsung.

"Kebanyakan pemain nampak keletihan dan ia boleh mendatangkan kecederaan. 

"Saya perlu pastikan mereka boleh bermain dengan baik dalam kedua-dua perlawanan ini," katanya lagi. 


Untuk rekod, TNB merupakan juara bertahan selepas menundukkan THT dengan keputusan 3-2 musim lalu.
 

Advertisement

Must Watch Video