Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Negara-Negara: Syed Syafiq sasar konsisten sumbat gol bantu The Speedy Tigers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

choilan.jpg
Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat kali keenam dalam enam pertemuan terakhir.

Pada ketika The Speedy Tigers memerlukan pencetus inspirasi, Syed Syafiq Syed Cholan, tampil menyelamatkan maruah kem negara sekali gus meragut kemenangan anak buah Tahir Zaman.

Skuad kendalian Sarjit Singh membuka kempen Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara 2025 dengan keputusan seri.

Meskipun ketinggalan susulan dua gol pantas dalam tempoh 3 minit, ternyata merentap keyakinan skuad negara.

"Barisan tengah kami sangat bagus, apabila mereka mula mengawal bola kami menguasai suku ketiga dan keempat." kata jurulatih kem hoki negara, Sarjit Singh.

Begitupun, mujur prestasi longlai skuad negara bersifat sementara apabila mengikat Pakistan menerusi tiga gol yang terhasil dalam penghujung permainan.

Malah, dua daripada tiga jaringan skuad negara disumbangkan Syed Syafiq Syed Cholan yang kembali daripada persaraan untuk menyarung jersi The Speedy Tigers.

"Dulu ada ramai flicker dan saya kurang dapat pendedahan di peringkat antarabangsa, selepas senior ini sudah bersara dan saya kekalkan momentum dan raih pengalaman daripada senior.

"Kehadiran Sohail (Abbas) sangat membantu tingkatkan keyakinan untuk jaringkan gol di peringkat antarabangsa. Sasaran saya jaringkan satu gol dalam setiap perlawanan. " tambah Syed Syafiq Syed Cholan.
 

Advertisement

Must Watch Video