Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Negara-Negara: Syed Syafiq pacu kebangkitan The Speedy Tigers ikat Pakistan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki.jpg
Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara 2025 di Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Pakistan terlebih dahulu membuka tirai jaringan dalam suku pertama selepas pukulan dari jarak jauh yang dilakukan Sufyan Khas mudah disempurnakan Nadeem Ahmad untuk pasukan lawan mendahului 1-0.

Begitupun, selang tiga minit kemudian pula menyaksikan The Green Shirts menggandakan jaringan menerusi pukulan sudut penalti selepas bola terkena kaki pertahanan negara.

Tugasan itu mudah disempurnakan Abdul Rehman apabila bola menerjah gawang untuk menewaskan Hafizuddin Othman sekali lagi dan keputusan 2-0 itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.






Suku keempat pula menyaksikan anak buat Sarjit Singh turun ke gelanggang dengan dengan corak permainan yang lebih agresif mengasak kubu pasukan lawan dan hasilnya Fitri Saari menjaringkan gol pertama negara untuk merapatkan jurang kedudukan menjadi 1-2.

Peluang Malaysia kemudian hadir lagi menerusi pukulan sudut penalti yang dinoktahkan oleh flicker negara, Syed Syafiq Syed Cholan.






Begitupun, anak buah Tahir Zaman mendahului Malaysia sekali lagi ketika perlawanan menuju enam minit terakhir, namun kebangkitan sekali lagi disempurnakan oleh pemain terbaik perlawanan iaitu Syed Syafiq bagi memastikan Malaysia meraih satu mata berharga dalam aksi pertama di Bukit Jalil malam ini.

Malaysia akan turun berdepan New Zealand esok.
 

Advertisement

Must Watch Video