Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Dunia: The Speedy Tigers fokus taktikal dua aksi awal

arul-selvaraj.jpg
Tumpuan persiapan skuad hoki negara bagi menghadapi Piala Dunia di India terarah kepada perlawanan awal dengan Belanda dan Chile. 

Skuad hoki negara bimbingan ketua jurulatih, Arul Selvaraj, yang kini dalam minggu terakhir persiapan menjelang kejohanan pada 13 hingga 29 Januari menerapkan sesi latihan ringan dengan mengurangkan keamatan latihan apabila lebih menjurus kepada taktikal. 

"Dalam sesi latihan dua jam petang ini kami hanya mengadakan serangan dan pertahanan pukulan sudut penalti bagi memfokuskan perlawanan berdepan Chile. 

"Latihan pagi esok akan tertumpu kepada menghadapi Belanda pula. 




"Jadi dua hari ini fokus kami terarah kepada corak serangan dan bertahan dalam pukulan sudut penalti," katanya di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. 

Arul juga menawarkan berita positif apabila penyerang The Speedy Tigers, Shello Selverius, kembali memegang kayu hoki dalam pemulihan tangan kirinya yang perlu memakai pendakap. 

Malah, ketua pasukan, Marhan Jalil, dan seorang lagi penyerang, Shahril Saabah, turun menjalani bersama pasukan utama sebelum mereka bertolak ke Bhusbanewar dan Rourkela pada pagi Jumaat ini. 

"Pemain utama ini meskipun tidak memegang kayu hoki, mereka sebenarnya telah menjalani program masing-masing seperti di gimnasium dan larian. 

"Cuma yang menjalani latihan hoki pada minggu lalu melibatkan beberapa pemain sahaja, jadi secara rasminya kami berkumpul semula pada hari ini.

"Shello hanya pegang sekejap kayu hoki hari ini kemudian berlatih bersama pasukan perubatan. 

"Dia sudah bersedia tapi kami tidak mahu terburu-buru. 

"Masih ada 11 hari lagi sebelum perlawanan pertama," katanya lagi. 


 

Advertisement

Must Watch Video