Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Dunia: Malaysia langkah kiri dalam aksi pembukaan

hoki.jpg
Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan 4-0 kepada Belanda dalam aksi pembukaan Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Birsa Munda itu, Belanda yang menghuni ranking ketiga dunia membuka tirai jaringan menerusi gol padang Thijs Van Dam pada minit ke-20.

Tersentak jaringan itu, Speedy Tigers cuba menyusun semula gerak, namun dikejutkan dengan gol kedua Belanda menerusi penalti stroke yang mudah disudahkan Jip Janssen mini ke-24.

Skuad kendalian Arul Selvaraj cuba menghasilkan gerakan untuk mendapatkan jaringan menerusi pukulan sudut penalti (PC) namun ia gagal disempurnakan.

Malaysia terus dihukum Belanda apabila Teun Beins melebarkan kedudukan jaringan apabila PC yang diambil gagal ditampan penjaga gol negara, Muhammad Hafizuddin Othman.

Ketika perlawanan melewati minit terakhir permainan, Jorrit Croon bijak melakukan flik untuk memastikan kemenangan bergaya Belanda dalam aksi pembukaan -- untuk rekod, pada edisi 2018, Malaysia tewas 0-7 kepada Belanda.

Malaysia kembali ke gelanggang untuk perlawanan dengan Chile Isnin hadapan.

 

Advertisement

Must Watch Video