Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Asia: The Speedy Tigers perlu manfaat aksi peringkat kumpulan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

speedt.jpg
Kurang dua minggu sebelum saingan Kejohanan Hoki Piala Asia 2025 membuka tirainya, namun undian bagi saingan peringkat kumpulan masih belum dilakukan.

Sekiranya ranking pasukan menjadi ukuran bayangan jelas pasukan lawan skuad negara di peringkat kumpulan menyaksikan The Speedy Tigers dijangkakan akan berdepan Korea Selatan, Chinese Taipei serta Oman.

Senario itu hadir selepas penarikan diri musuh tradisi iaitu Pakistan di atas masalah luar padang yang tidak dapat dielakkan sekali gus mencerahkan peluang skuad Sarjit Singh berada dalam kelompok empat terbaik.

Sasaran peribadi Sarjit adalah untuk mara ke pentas akhir seperti mana yang dilakukan Arul Selvaraj dalam edisi 2022 sebelum ini.

The Speedy Tigers hadir ke pentas Piala Asia 2025 selaku status naib juara edisi terdahulu dan kini hadir dengan semangat memburu satu slot ke Piala Dunia 2026  yang semakin membara dengan syarat perlu muncul juara Piala Asia 2025.

"Pakistan adalah pasukan satu satu musuh tradisi, jadi bermakna akan kurang satu pasukan untuk kita.

"Malaysia mungkin akan berada dalam pasukan bersama Korea Selatan, Chinese Taipei serta Oman, kita perlu mara ke separuh akhir.

"Jadi sangat penting untuk beraksi dengan baik dalam setiap perlawanan sama ada berdepan Taiwan atau Oman." kata bekas jurulatih hoki negara, Stephen Van Huizen.

Advertisement

Must Watch Video