Skuad hoki negara membuka kempen Piala Asia 2025 dengan nota kemenangan apabila bangkit menewaskan Bangladesh 4-1 dalam aksi pertama Kumpulan B di Rajgir, India sebentar tadi.
The Speedy Tigers, bagaimanapun, dikejutkan dengan gol pembukaan lawan menerusi jaringan pukulan sudut penalti Ashraful Islam pada minit ke-16.
Tersentak dengan jaringan itu, skuad negara memperkemaskan aksi dan memerlukan sembilan minit untuk Ashran Hamsani meledakkan gol padang bagi menyamakan kedudukan pada minit ke-25.
10 minit kemudian, Malaysia berada di depan buat kali pertama, kali ini menerusi gerakan serangan yang disempurnakan Akhimullah Anuar Esook.
Muhajir Abdu Rauf kemudian memberikan keselesaan buat skuad kebangsaan, juga menerusi jaringan padang pada minit ke-48 sebelum Syed Syafiq Syed Cholan melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia dalam aksi pertama itu.
Malaysia seterusnya akan berdepan cabaran Korea Selatan bagi aksi kedua petang esok.