HOKI
Hoki Piala Asia: Koji Yamasaki ada ramuan sekat kemenangan Malaysia
Penyerang hoki Jepun, Koji Yamasaki, yakin pasukannya mempunyai ramuan untuk menyekat kemenangan Malaysia dalam perlawanan terakhir peringkat Super 4, Kejohanan Hoki Piala Asia di Stadium Hoki Gelora Bung Karno petang esok.
Koji Yamasaki dan seorang lagi penyerang, Hiramasa Ochiai, merupakan antara pemain yang terlibat ketika menewaskan Malaysia dalam final acara hoki Sukan Asia di venue sama empat tahun lalu.
Sebagai rekod, penyerang itu kini berada di tangga kedua senarai penjaring terbanyak dengan enam gol, kurang enam gol di belakang pakar pukulan sudut penalti negara, Razie Abd Rahim.
Iklan
Koji Yamasaki, ketika ditemu bual wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, berkata: "Kekuatan utama Malaysia adalah serangan balas, jadi kami akan menghentikan serangan balas mereka.
"Kami mengubah penetapan minda kami kepada sesuatu yang lebih positif.
"Pasukan kami bermain secara menyerang, di mana ia sesuatu yang baik," katanya.
Hiramasa Ochiai, dalam pada itu, menganggap Malaysia kini pasukan yang berbeza berbanding yang ditewaskannya empat tahun lalu.
"Empat tahun lalu, saya masih mengingatinya ia sebagai memori yang indah.
"Tetapi kali ini, kami hanya mahu menikmati hoki dan memenangi perlawanan ini," katanya.
Sebagai rekod, dalam final Sukan Asia empat tahun lalu, Jepun bangkit mengikat Malaysia 6-6 sebelum memenangi penentuan pukulan penalti 3-1 untuk dinobatkan sebagai pemenang pingat emas.
Malaysia, dalam pada itu, perlu mengatasi Negara Matahari Terbit berkenaan dengan kelebihan dua gol seandainya mahu mengesahkan tempat ke final.
"ada tugas untuk beri tentangan sengit kepada Malaysia"Skuad Jepun dah laung amaran, All the best Malaysia!#Hoki #PialaAsia2022 #RoadtoFINAL @bazlyazmi pic.twitter.com/FWHfl7BXmV— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 30, 2022
Must-Watch Video