Pakar pukulan sudut penalti skuad hoki wanita negara, Nuraini Abdul Rashid, perlu menyesuaikan diri dengan permukaan padang baru di Pusat Hoki Gelora Bung Karno, Jakarta tatkala Malaysia akan turun selaku pasukan pilihan untuk menewaskan Hong Kong dalam aksi sulung Sukan Asia 2018 esok.
Nuraini akan menjadi tumpuan selepas meledak dua gol ketika Malaysia membelasah Hong Kong 10-0 ketika menjuarai Siri Hoki Terbuka Singapura, bulan lalu.
Cabaran buat pakar pukulan sudut penalti kelahiran Pahang itu adalah menyesuaikan diri dengan permukaan astroturf Pusat Hoki Gelora Bung Karno yang baru siap dibina.
"Apabila hadir ke acara besar sebegini, permukaan gelanggang pasti berbeza dengan sesi latihan. Mungkin kami perlu cepat menyesuaikan diri," kata Nuraini.
Dalam masa sama, skuad kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu berdepan tugas berat untuk layak ke separuh akhir susulan kehadiran pasukan lain seperti pemenang pingat emas tiga kali, China, Jepun (pemenang perak tiga kali) dan Taiwan.
"Pemain-pemain tidak berpeluang untuk mengharungi aksi persahabatan tetapi itu bukan satu masalah besar kerana kami masih boleh melalui sesi latihan.
"Masa masih ada sebelum berdepan China, di mana kami akan bertemu Hong Kong," ujar Dhaarma.