Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Arul Selvaraj, menuntut pemain The Speedy Tigers untuk tampil lebih berdisipilin apabila berdepan China dalam perlawanan kedua Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023 di Chennai, India hari ini.
"Setakat ini kami tidak mendapat banyak maklumat mengenai kekuatan pasukan China.
"Cuma apa yang kami ketahui pemain China memiliki saiz fizikal yang besar dan tinggi lampai.
"Saya harap kami dapat tampil lebih kemas dan pantas dalam perlawanan kedua menentang China," katanya.
Dalam pada itu, Arul mengakui The Speedy Tigers masih perlu segera memperbaiki beberapa perkara bagi baki saingan selepas menewaskan Pakistan di Stadium Hoki Mayor Radhakrishnan semalam.
"Ya, pasukan negara menewaskan Pakistan 3-1, namun beberapa perkara seperti pergerakan bola, kaki dan mentaliti masih kurang memuaskan.
"Pemain perlu pantas dan bijak melakukan 'recovering process' dalam tempoh 24 jam sebelum perlawanan menentang China.
"Setiap pemain juga perlu mengambil tanggungjawab meningkatkan prestasi masing-masing untuk 'game recovery' yang betul," katanya.
Anak buah Arul memastikan aksi pertama kejuaraan tersebut dilabuh dengan tiga mata hasil jaringan Muhammad Firhan Ashaari (minit 28 dan m-29) dan Shello Silverius (m-44), biarpun Abdul Rehman mengurangkan defisit dengan gol pada minit ke-55.
Sebagai rekod, ACT edisi Chennai, selain Malaysia, Pakistan dan China, juga menampilkan tuan rumah India, Korea Selatan dan Jepun.
Kredit: Sinar Harian