HOKI
Hoki 5's Piala Dunia : Skuad wanita tebus slot ke suku akhir
MALAYSIA 4 FIJI 4
Skuad hoki wanita negara bangkit daripada kekalahan besar 0-10 kepada Belanda untuk menempah slot suku akhir selepas melakar kebangkitan dramatik mengikat Fiji 4-4 dalam pertemuan Kumpulan A, Piala Dunia 5 sepasukan (5's) di kelab Al Amarat, Muscat, Oman, sebentar tadi.
Skuad kendalian Nabil Fiqri Mohd Noor itu tampak sukar melupakan kekalahan kepada Belanda apabila tampil goyah pada awal permainan yang membuka ruang buat Fiji menjaringkan gol pembukaan seawal minit kedua.
Iklan
Sejak pada itu, kedua-dua pasukan saling jual beli jaringan yang memperlihatkan Dian Nursyakira Najwa meledak dua jaringan dalam tempoh 6 minit.
Biarpun ada usaha daripada kem Fiji untuk mencipta kejutan, namun keputusan seri sudah cukup buat skuad negara ke suku akhir menerusi kelebihan gol berikutan masing masing mengutip empat mata.
Antara faktor yang membuatkan kem negara layak ke suku akhir berikutan perbezaan jaringan ekoran Fiji dibelasah Belanda dengan jurang yang lebih besar 14-1, manakala skuad negara meledak 14 gol sepanjang tiga aksi peringkat kumpulan.
Must-Watch Video