Skuad hoki wanita negara ternyata tidak dapat menyembunyikan kerisauan selepas ketua
jurulatih, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, terlantar di hospital sebelum dia disahkan sembuh sepenuhnya untuk kembali bersama pasukan hari ini menjelang Sukan Asia 2018.
Pemain tengah kebangsaan, Noor Hasliza Md Ali, tidak menolak dia dan rakan sepasukan berasa
janggal dengan ketiadaan Dhaarma selama tiga hari di padang tatkala saingan Sukan Asia
semakin hampir.
Kehadiran semula Dhaarma hari ini untuk memulakan tugas nyata menggembirakan pasukan
bagi meneruskan latihan dengan lebih teratur mengikut perancangan pengendali mereka itu.
Namun, barisan pemain tetap mengharapkan Dhaarma sentiasa menitikberatkan tahap
kesihatannya pada saat-saat akhir persiapan ke Sukan Asia 2018.
"Tidak dinafikan kerana dia adalah jurulatih kami dan menjadi tulang belakang buat pasukan. Dia juga banyak memberi semangat kepada pemain-pemain," ujar Hasliza.
Dalam masa sama, Hasliza yang terpilih dalam senarai 18 pemain ke Jakarta lebih
bersemangat untuk bersama pasukan selepas melahirkan cahaya mata sulung pada April lalu.
Tidak beraksi di pentas Sukan Komanwel, dia teruja untuk melepaskan rindu bersama skuad
negara dalam Sukan Asia buat kali keempat.
"Alhamdulillah saya masih berpeluang untuk bersama skuad negara. Sewaktu mula menyertai pasukan, saya agak bergelut untuk mendapatkan momentum ketika latihan.
"Mental perlu kuat tetapi bagi saya, tiada masalah."