Skip to main content

Sukan Lain

Hari Sukan Negara bakal alami perubahan besar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syedsaddiq.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memberi bayangan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) tahun ini bakal mengalami perubahan besar.

Menurutnya, HSN tidak lagi akan disambut dalam satu hari seperti yang pernah dilakukan setiap tahun pada minggu kedua bulan Oktober.

"Banyak perkara yang mahu kami lakukan tetapi belum tiba masa untuk mengumumkannya. Kami mahu memastikan HSN bukan sahaja disambut sehari tetapi lebih lagi," kata Syed Saddiq.

HSN mula diperkenalkan pada tahun 2015 yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam misi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.

Advertisement

Must Watch Video