Skip to main content

Sukan Lain

Hanya perlukan 54 minit, Andreeva tawan Arena Rod Laver

d20a9b9112ca4279bcb6cc19891e7762.jpg
Bintang muda, Mirra Andreeva, mempamerkan persembahan menakjubkan untuk mengetepikan Ons Jabeur pada pusingan kedua Terbuka Australia dengan hanya tewas dua mata dalam aksi sebentar tadi di Arena Rod Laver.

Pemain berusia 16 tahun itu sangat kecewa apabila tewas dalam perlawanan akhir perseorangan wanita tahun lalu. 

Bagaimanapun, dia segera bangkit melakukan perubahan dalam penampilan di peringkat profesional dengan layak ke pusingan ketiga Terbuka Perancis dan pusingan keempat Wimbledon.

Dia turut menganggap Jabeur sebagai idola buat dirinya dan perkara itu dijadikan suntikan semangat untuk bermain dengan baik sekaligus berjaya menewaskan pemain pilihan keenam kejohanan dan finalis dua kali Wimbledon dengan keputusan 6-0, 6-2 dalam masa 54 minit sahaja.

Jabeur turut mengakui yang dia tidak mampu bertahan lama dengan corak permainan yang baik ditunjukkan bintang muda kelahiran Russia itu.
 

"Di set pertama saya beraksi dengan cukup baik. Saya sendiri tidak sangka ia berlaku," katanya.

"Saya gembira bermain dengan Ons. Ia adalah satu impian untuk main dengannya, kerana saya menyukai dengan cara permainannya. Ia satu yang bermakna buat saya."

Advertisement

Must Watch Video