Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh merasmikan Majlis Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2024 peringkat kebangsaan di Dataran Putrajaya, Presint 3, hari ini.

Sambutan yang merupakan acara tahunan itu telah diadakan sejak 2025 pada setiap Sabtu minggu kedua bulan Oktober bagi tujuan membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan sihat.





Tahun ini mengetengahkan tema #CergasBersama selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 dan disambut di seluruh negara merangkumi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Sebanyak 64 acara merangkumi aktiviti sukan dan rekreasi dengan memberikan fokus kepada penyertaan golongan wanita, warga emas, veteran, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan.