Skip to main content

Sukan Lain

Hannah: Kualiti kemudahan atlet para bakal ditambah baik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah.jpg
Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh, berkata impak positif terhasil susulan kerjasama semua pihak terlibat dan pihak kementerian bersedia memberikan 'lampu hijau' untuk kemudahan bagi atlet para ditambah baik demi pembangunan atlet kurang upaya.

Seramai 144 atlet, dengan 62 daripadanya membuat penampilan sulung di pentas Sukan Para ASEAN di Kemboja, tidak menyekat kontinjen para untuk membawa pulang 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa, untuk menduduki tangga keempat carta pingat.

Majlis Paralimpik Malaysia sebelum ini mengumumkan sasaran buruan 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa berbanding 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa yang diraih pada edisi lepas di Solo, Indonesia.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Subramaniam Raman, tidak menolak kemungkinan program bagi persediaan atlet ke Sukan Para Asia 2023 dan Paralimpik 2024 bakal dipertingkatkan.

Hannah turut mengulas isu melanda jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan sedia pertimbang keperluan utama diperlukan prospek Road to Gold di Sukan Olimpik Paris 2024.

Advertisement

Must Watch Video