Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengecam tindakan individu yang didakwa sebagai jurulatih menampar dua pemain bola tampar perempuan dalam satu video yang tular di laman sosial baru-baru ini.
Difahamkan, kedua-dua pemain tersebut berumur bawah 14 tahun dan bertanding dalam Kejohanan Bola Tampar Remaja B-14 Malaysia 2022 di Johor.
Tindakan individu itu dipercayai berikutan dua pemain berkenaan menyebabkan pasukan kehilangan satu mata dalam perlawanan sebelum panggilan masa tamat.
Bagaimanapun, dua pemain tersebut dilihat kekal tabah dan ditenangkan oleh rakan sepasukan selepas tindakan jurulatih terbabit.
Hannah berkata, dia telah menghubungi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan insiden berkenaan.
“Ini adalah salah. Telah bercakap dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dan kami sama-sama sedang mendapatkan maklumat lanjut tentang kejadian ini,” katanya dalam ciapan di Twitternya hari ini.
Ini selepas tular satu video menunjukkan seorang individu yang didakwa sebagai jurulatih bertindak menampar dua pemain bola tampar perempuan dalam satu perlawanan pada 16 Disember lalu.
Selain itu, Fadhlina turut dilihat menciap semula (retweet) ciapan Hannah berhubung perkara itu.
Kredit: Sinar Harian