Lewis Hamilton percaya sikap saling menghormati di antaranya dan Sebastian Vettel bertambah baik apabila pasangan itu kembali ke tempat kejadian pada hujung minggu ini susulan persengketaan mereka yang menjadi buah mulut ramai.
Dalam perlumbaan Grand Prix Azerbaijan tahun lalu, Vettel melanggar Hamilton semasa di bawah pengawasan kereta keselamatan sehingga menyebabkannya dikenakan penalti sehingga dikritik hebat oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).
Pemandu Jerman itu menduduki tempat keempat di depan pesaingnya itu, dan mendorong Hamilton melabel pemandu Ferrari itu sebagai "memalukan" selepas kejadian berkenaan.
Hamilton akhirnya mampu tersenyum puas apabila meraih kejuaraan keempat untuk menyamai rekod Vettel.
Pemandu Mercedes itu, bagaimanapun, bercakap dengan nada lebih positif mengenai hubungan mereka menjelang perlumbaan di Baku, hujung minggu ini.
"Adalah baik untuk melihat semangat membara dalam kalangan pesaing anda, bagus juga melihat mereka tidak sempurna kerana tiada siapa yang sempurna," kata Hamilton.
"Kita semua membuat kesilapan, ia menjurus kepada bagaimana orang mengendalikannya dan kemajuan mereka atas pengalaman yang telah dilalui.
"Dia terus berkembang sebagai juara, tentang bagaimana dia membawa dirinya, caranya bercakap dan perkataan yang digunakannya pada hari ini.
"Sejak itu, rasa hormat saya terhadapnya telah meningkat dengan pesat. Saya yakin ia akan diteruskan," katanya.
Vettel merakamkan kemenangan dalam dua perlumbaan pembukaan musim 2018, namun hanya dapat menamatkan saingan di kedudukan kelapan di China -- situasi itu membolehkan Hamilton untuk merapatkan jurangnya kepada sembilan mata hasil kedudukan keempat di Shanghai.
Juara bertahan itu enggan terbawa-bawa dengan permulaan lembabnya pada awal kempen ini.
"Baru tiga perlumbaan, kami mahu memenangi setiap perlumbaan tetapi ia merupakan proses pembelajaran," katanya. "Kami sedar ia melibatkan persaingan tiga penjuru. Ia bukan mudah dan memerlukan banyak usaha untuk melakukan yang terbaik.
"Ferrari dan Red Bull pantas di sini pada tahun lepas dan saya menjangkakan ia akan tetap serupa. Kami tidak tahu di mana kami akan berada hujung minggu ini. Kami masih pasukan yang sama dan saya percaya kami boleh bersaing.
"Kini, kita mempunyai prestasi Red Bull dan Ferrari yang terbaik. Jika kami mampu mengharunginya dan menghasilkan kejayaan seperti yang dulakukan pada tahun-tahun sebelumnya, ia akan menjadi pencapaian terbesar pasukan ini."