Skip to main content

Permotoran

Hakim Danish ulangi skrip cemerlang di saingan Rookies Cup

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hakim-danish-le-mas.jpg
Selepas merekodkan kemenangan yang menakjubkan dalam saingan perlumbaan JuniorGP lapan hari yang lalu, pelumba muda negara, Hakim Danish sekali lagi mengulangi kehebatanya di atas litar apabila berjaya menamatkan saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) di Litar Le Mans semalam di tempat kedua.

Pelumba negara itu memulakan aksi perlumbaan di petak hadapan namun malang menimpanya apabila terlibat dalam kemalangan yang berlaku di pusingan pertama.

Bagaimanapun beliau berjaya bangkit dan terus melakukan henjutan yang bertenaga untuk kembali menghambat kelompok pelumba hadapan dalam keadaan litar basah akibat hujan.

Agak sukar untuk mempercayai apabila Hakim Danish membuktikan dia mampu melakukan apa saja untuk memastikan podium tetap menjadi miliknya selepas berjaya memintas satu persatu pelumba pada perlumbaan tersebut.

Ketika berbaki sepuluh pusingan perlumbaan beliau mampu menempatkan dirinya di kedudukan ke-7.

Namun kedudukan itu berubah lagi ketika perlumbaan berbaki enam pusingan di mana dia berjaya berada di kedudukan ketiga terpantas.

Kemalangan yang berlaku pelumba hadapan dalam dua pusingan terakhir membolehkan Hakim Danish berada di kedudukan kedua dan mengekalkan kedudukan itu sehingga tamat perlumbaan.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video